Friday, October 8, 2010

bagaimana respon anda?

Berkat dari Tuhan, saya masih lagi boleh bernafas sehingga ke hari ni, detik ini. Terima kasih ya Bapa, kerana Engkau begitu setia biarpun seringkali saya menjauhi Engkau, malah kadang kala tidak mendengar apa yang Roh Kudus telah bisikkan. Terima kasih ya Bapa, Engkau juga memberikan saya sejumlah teman - teman seiman yang sentiasa memberi saya sokongan walau di masa susah mahupun senang. Bapa juga memberikan saya rakan - rakan yang sentiasa memberikan kata - kata dorongan dan semangat.Tidak dapat saya gambarkan bagaimana saya amat bersyukur. Dan satu yang saya belajar dari seorang teman saya, ialah belajar meresponi segala sesuatu menurut FirmanMu. Mungkin bagi orang lain, perkara ini biasa saja, tapi ini amat terkesan di hati saya. kerana saya secara tidak sengaja ditegur oleh Roh Kudus, betapa selama ini, saya kadang kala gagal untuk memberikan respon yang terbaik, malah saya menurut keinginan saya sendiri.Banyak perkataan yang kurang menyenangkan juga sering kali TERkeluar dari mulut saya sendiri. Dan saya tahu, itu salah, tapi saya buat lagi, melakukan kesilapan yang sama. Bertaubat hari ini, esok buat lagi. Teman saya ini, walaupun bertubi - tubi kata - kata kesat yang dilemparkan kepadanya, tapi dia tabah juga, terus mengasihi biarpun dia disakiti dengan begitu teruk sekali. Kejadian sebegini sering kali saya lihat di drama - drama, tapi buat pertama kalinya ianya terjadi di hadapan saya, dan saya tersentuh. Ayat " BUKAN SOAL BENAR ATAU SALAH TETAPI RESPON"  benar - benar terjadi di hadapan saya sendiri. Terima kasih Bapa, kerana Engkau memelihara anakMu ini dengan begitu baik sekali, Engkau mematangkan rohaninya. Kita boleh mengetahui sejauh mana kematangan rohani kita, melalui RESPON kita terhadap sesuatu perkara. Ternyata, Engkau tertanam di dalam dirinya. Dan saya sedar, saya tidaklah berbeza seperti orang lain tanpa RESPON yang benar. Mari pada saat ini, semua teman seiman saya, kita belajar meresponi sesuatu perkara dengan betul, bersandar kepada Tuhan. Kepada kawan - kawan saya, maafkan saya jika selama ini, terkasar bahasa, mahupun telah melakukan sesuatu yang membuatkan anda terkilan. Saya sayang kamu semua.

Tuesday, October 5, 2010

saja bah ni..

tiada ingin dipostkan... cuma, saya dapat rasakan berkatNya setiap hari hehehehe.... kenapa saya tidak sedar selama ini? oh God.. I love you.. hmmm, saya belum lagi dapat tempat untuk praktikal. mau marah pun tiada guna, hehe. memang lambat pengurusan. tunggu sajalah, seperti mana Tuhan katakan "tunggu"... eya, saya pasti dapat....... saya claim janjiMu.. hehehehehehe
ngantuk suda, sebab guna bateri sing sung.. :D