bahkan orang yang mempunyai segala-galanya di dunia ini, wang,harta benda, pekerjaan yang baik tetap saja berdepan dengan masalah. punya segala2nya di dunia ini, tp masih berfikir juga kepada siapa harus diberikan harta ini?
bagaimana kalo dicuri?
orang yang miskin, yang tidak punya apa2 di dunia ini, juga hadapi masalah. bagaimana mau cari makan, kalau duit sesen pun tiada?
kita yg masih belajar ini, juga punya masalah. masalah pelajaran, kewangan, pergaulan dan sebagainya. Sebenarnya dengan adanya masalah2 ini, Tuhan menginginkan kita LEBIH DEKAT kepadanya.
" ketika kita sudah melepasi satu masalah, Tuhan mendatangkan masalah lain lagi, agar kita sentiasa dekat kepadaNya"
jadi, bagaimana kita mau terlepas dari masalah ialah kita mesti penuh diurapi Tuhan. Mari kita lihat apa yang nabi Daud lakukan ketika berhadapan dengan masalah.
2 samuel 5 :17-25. (baca petikan ini)
ketika dia menghadapi masalah, pertama sekali yang dia lakukan ialah dia KEMBALI KE KUBU PERTAHANAN.(ayat 17) Dia kembali ke kubu pertahanan, di mana di kubu tersebut terdapat ramai orang yang menyokong dia, mendoakan dia serta melindungi dia. dalam konteks kita, KUbu Pertahanan ini bermaksud, KOMUNITAS, di mana terdapat orang-orang yang percaya.
Kedua, Daud bertanya kepada Tuhan (ayat 19). Banyak orang di dunia ini, ketika berdepan dengan masalah mereka mengalami jalan buntu, kerana mereka mengandalkan kekuatan mereka sendiri. Mereka merasakan tidak ada jalan lagi untuk menghadapi masalah itu, sehingga mereka mengambil jalan singkat. tetapi kita sebagai orang percaya, kita mempunyai Tuhan yang boleh memberikan kita jawapan. kenapa kita perlu bertanya kepada Tuhan?
- kerana kita tahu kemenangan milik kita, bahkan kita lebih dari pemenang.
- meminta kekuatan
- minta idea dari Tuhan
" masalah bukanlah untuk ditakuti, tetapi untuk dihadapi. apapun masalah yang mendatang, kita harus berpegang padaNya. dan ketika kita menghadapi masalah, berdoalah juga untuk masalah2 yang akan datang, kerana kita pasti tidak lari dari masalah, cuma cara kita menangani masalah2 tersebut yang membezakan kita, samada dengan mengandalkan kekuatan sendiri ataupun mengandalkan kekuatan TUhan kita"
Bukan dengan Kekuatanku,
Ku dapat jalani Hidupku,
Tanpa Tuhan yang di sampingku,
Ku tak mampu sendiri...
Engkaulah Kuatku, yang menopangku.
ku pandang wajahMu, dan berseru
Pertolonganku datang dariMu
Peganglah Tanganku, jangan lepaskan
Kaulah Harapan, Dalam Hidupku